GERAN TERAJU 2020

Unit  Peneraju  Agenda  Bumiputera  ("TERAJU")  di  bawah  Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberi  mandat untuk melaksanakan program Dana Pembangunan  Usahawan  Bumiputera  (DPUB)  2020  di  ECER.  Program  ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rancangan  Malaysia  Ke-Sebelas  (RMK- 11)  dan  Third  Rolling  Plan  (RP3)  bertujuan  untuk  memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan  rakyat. 4.  TERAJU  telah  bersetuju  melantik Universiti  Malaysia  Kelantan  ("UMK")  sebagai  rakan  kongsi  strategik  untuk menjalankan  Program  DPUB  2020  dengan  dana  berjumlah  tidak  melebihi RM2,346,000.00 bagi membiayai kos program tersebut.  Program tersebut akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dan Ts.  Dr. Mazlan Mohamed daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK. Turut terlibat dengan program ini adalah Encik Mohd Aswawi Bin Isa dan Encik Mohd Hilmi Bin Harun daripada Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan serta Pn Alifah Bt Adnan, Timbalan Pendaftar dari Institut Keusahawanan, Pejabat TNCPI.  

Tajuk Projek             :   Innovation for Community (INN04C) for Integrated Bamboo Processing

Kolaborasi/Industri   :   Ain Biomass Industries Sdn. Bhd

Peruntukkan Geran :   RM2, 346,000.00